01/03/2012

Thanks for the memories



Okay, semalam baru je sambut birthday maksu kat nilai, 29/2/2012. Siapa yang birthday dia tarikh tersebut, memang untung lah mana tak nya, tarikh 29/2/**** hanya 4 tahun sekali je. Memang kena sambut lah kan. Macam ni cerita dia, lepas je kakak balik kerja terus pergi ambil maksu kat LRT Tasik Selatan dan terus pergi ke rumah dia untuk celebrate. Mama belikan maksu kek, dan Kak Nurul dengan abang Juan beli kan KFC, tu diaaa, punyalah aku kenyang masa tu. Masa kat sana tu, ramai gila baby ohhh~ Aku pula memang pantang nampak baby comel. Layan jelah~ Kitorang balik rumah pukul 11 malam.


Tepat pukul 12.00 am, bersamaan 1/3/2012 hari khamis, maka tiba giliran birthday aku pula :) Jujur, tahun ni the best birthday ever in my life. Tahun lepas masa birthday, aku sibuk dengan kejohanan olahraga aku, tahun sebelumnya aku buka simen kaki, tak boleh berjalan. Nasib baik birthday tahun ni best dari sebelumnya, Alhamdulillah :) Masa pagi aku datang sekolah pagi tu, Opie dengan Nik orang pertama yang wish birthday aku. Masa dah sampai kelas tu lagi la, sorang-sorang datang wish kat aku. Terima kasih :) Dan birthday kali ni, aku dapat hadiah, wallet topman, seronoknya :D Terima kasih :) Last sekali aku dapat hadiah pun masa darjah 5, sedih kan? Tu pun arwah papa yang bagi. Dan malam birthday aku juga, kakak belikan aku kek chocolate indulgence, secret recipe :) Thanks kakak for the cake, and I love you so much :) Hmm, sampai sini jelah, kejap lagi nak tuition. Oh ya, thanks for those who wishing me my birthday :)