24/02/2012

Minggu ini


  • Bola Sepak U18 
Isnin lepas, aku dan yang lain-lain mewakili sekolah untuk bola sepak U18 di kompleks sukan Cochrane. Termasuk tahun ni sudah dua kali berturut-turut aku menyertai wakil sekolah bola sepak untuk SMK Alam Damai. Kitorang hanya menang sekali dan kalah dua kali dan hanya melayakkan diri ke suku akhir. Tahun ini tidak seperti tahun lepas, kena belasah teruk U18 sampai tidak menang langsung. Dengan berkat usaha kami, kitorang training dengan bersungguh-sungguh walaupun tournament diadakan awal tahun. Akhirnya, kami bermain dengan baik sepertimana yang telah dirancang walaupun kami tewas, tetapi kami tewas dengan bermaruah sebab kami tidak mengalah walaupun di akhir minit. Kini, zaman bola sepak di peringkat sekolah aku sudah berakhir :') Aku akan rindu untuk training bersama-sama, gelak tawa dengan kawan-kawan, kena bahan dengan coach, kena denda sebab minum air tak ingat kawan-kawan yang lain, kena ragging dengan coach dan macam-macam lagi.



  • Peperiksaan  
Seperti mana yang aku katakan tadi, kitaorang hanya melayakkan diri di peringkat suku akhir. Kemudian, keesokan harinya aku pergi sekolah macam biasa. Baru teringat yang form 5 ada periksa. Dengan kaki sakit sebab main bola, aku gagahkan diri datang ke sekolah untuk jawab kertas periksa. Hanya 2 kertas periksa aku belum ambil kerana aku dan yang rakan sekelas yang lain pergi untuk mewakili bola sepak iaitu kertas Prinsip Akaun dan Bahasa Melayu.



  • Kokorikulum
Walaupun minggu ni minggu peperiksaan, aku tetap menghadirkan diri untuk kegiatan kokorikulum. Aku dah janji, aku takkan ponteng walaupun sekali kecuali sebab-sebab tertentu sebab kelab, permainan, dan unit beruniform, semuanya aku menjadi pengerusi. Sebagai senior, aku perlulah menunjukkan sikap yang positif kepada junior-junior bawahan. Waktu kelab KH, aku dan yang lain-lain diberi kerja oleh cikgu untuk mereka sesuatu dengan bahan buangan, jadi aku hanya ada idea untuk buat rak kayu. Alhamdulillah, siap pada tepat masnya. Seterusnya, unit beruniform. Hampir kesemua unit mengadakan aktiviti kawad di padang dan aku ditugaskan oleh cikgu kadet untuk mengendalikan kesemua kadet polis. Memandangkan Nik tiada pada masa itu kerana ada latihan netball jadi aku lah mengajar platun perempuan berkawad. Pada mulanya, aku agak kekok untuk mengajar mereka kerana segan tetapi mereka bukan seperti platun lelaki yang aku ajar selalu. Platun perempuan yang aku ajar, dengar kata, berdisiplin, kira sempurna lah apa yang aku ajarkan mereka faham. Yang aku dapat lihat pada masa itu, kesemua kadet menggunakan kekerasan untuk mengajar kawad seperti tengking, denda dan sebagainya, tetapi aku tidak suka mendenda anak buah aku. Aku ajar mereka dengan lembut, jika mereka gagal melakukannya dengan baik, baru lah aku mendenda mereka. Dan akhir sekali aktiviti kokurikulum yang terakhir dalam setiap minggu adalah kelab olahraga, minggu ni kami diajar teknik-teknik acara berjalan kaki. Kami semua diberi tunjuk ajar oleh cikgu Somu.



  • Minggu depan dan seterusnya
Aku akan menghabiskan peperiksaan aku dan seterusnya meng-fokuskan diri dalam olahraga. Kejohanan olahraga sudah pun dekat, iaitu 16/3/2012 dan aku akan berlatih bersungguh-sungguh dan minggu depan juga merupakan ulangtahun hari lahir aku iaitu, 1/3/2012 semoga hari tersebut hari indah dalam tahun ini :)