18/03/2012

2012 is my last time for olahraga :')



Assalamualaikum, dan selamat sejahtera :) Esok, aku akan pergi untuk kejohanan olahraga di SMK Sri Permaisuri buat kali terakhirnya mewakili sekolah. Yeah, memang sedih sikit bila cakap pasal kali terakhir. Mana tahu, lepas ni aku dah tak main olahraga, lain lah kalau aku berpeluang menyambung pelajaran kat universiti nanti, InsyaAllah. Tapi zaman persekolahan juga aku takkan lupakan dari segi training apa semua. Beberapa hari yang lepas aku ada post video tentang spirit of sprint. Selang beberapa minit, ada segelintir kawan aku yang komen, kat atas tu haa nampak tak? Terharu juga diorang bagi sokongan kat aku. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik demi nama sekolah kita :')



Acara yang aku ambil kat sana nanti;


1. Isnin - 100m
2. Selasa - 4x100m
3. Khamis - Lompat jauh 
5. Jumaat - 110m berpagar








                WISH ME LUCK, GUYS :)