24/03/2012

Sports week









Hello everyone! Seperti mana post aku yang lepas mengenai olahraga. Okay, oleh kerana aku dah habis musim olahraga jadi aku nak sambungkan atau ceritakan apa yang aku dapat kat sana :) Pada hari pertama kat sana, memang psycho gila tengok budak-budak sekolah lain. Kat sana bukan sekolah-sekolah biasa, banyak sekolah hebat-hebat antaranya SMK St. Gabriel, SMK Cochrane Perkasa, SMK Sri Permaisuri, sekolah sukan pun ada dan banyak lagi. Serious aku cakap, tahun 2012 ni, aku banyak perubahan daripada tahun-tahun sebelum ni. Nak tahu apa perubahannya? Okay, nak cerita lah ni.






Hari pertama, acara pertama; 100m L18
Masa on the way nak pergi stadium mini SMK Sri Permaisuri tu, yang bermain di fikiran aku. Boleh ke aku menang hari ini? Boleh ke aku dapat bawak medal? Ahhh, kalau kalah pun, biar lah kalah kat final, kalah bermaruah juga. Itu lah yang bermain di fikiran aku sepanjang perjalanan tu. Sebaik sahaja sampai kat sana, aku terus tukar baju, pakai nombor peserta, nombor aku tahun ni 8176. Then, aku pergi warm up badan, sebab acara aku start pukul 10.00 am. Dipendekkan cerita, saingan pertama, aku dapat tempat pertama. Seterusnya, saingan kedua aku dapat tempat ketiga dan berjaya ke final, di final pula aku sekadar dapat tempat ke-4. Secara tak langsung aku dapat gelaran raja pecut ke-4  Masa final tu yang paling best, juruhebah tu panggil nama dan sekolah seorang demi seorang. Bangga weh masa tu, kitorang diberi perhatian :) Aku ingat lagi Cikgu Roslam cakap kat aku, dia kata aku ni laju memang lah laju, tapi saingan 100m memang tinggi, takut kalah je. So, I take it as a challenge, lagipun acara 100m ni acara kegemaran aku. Akhirnya menang juga, sepanjang aku menang tu, aku berjaya buat cikgu Roslam dan Cikgu Somu tersenyum. Pada hari pertama ni, sekolah aku hanya dapat 3 medal. Yang dapat, aku, Hazeeq Hamdan, dengan Daniel.






Hari kedua, acara kedua; 4x100m L18
Acara kedua pada hari selasa adalah 4x100m. 4x100m ni aku kurang keyakinan sebab ada Muiz, bukan apa, aku takut dia tu lambat passing batton tu, langkah dia kecik, takut dia senang kena potong. Tapi andaian aku silap yang mengatakan team 4x100 aku tak kuat. Pada saingan pertama kitorang dapat tempat pertama. Sumpah aku enjoy dengan acara ni, setiap seorang team aku dapat potong-memotong sekolah lain. Daniel dapat potong, Muiz pun dapat potong tapi dia kena potong balik masa passing batton tu -.-, Arif dapat potong dua orang, dan tiba masanya aku potong. Aku dapat potong dua sekolah, iaitu sekolah St. Gabriel dan sekolah apa entah lagi sorang, tapi tu hanya separuh akhir. Masa final, kitorang dapat tempa ke-2. 1st sekolah St. Gabriel, aku pun hairan kenapa sekolah yang aku potong tu dapat nombor 1, rupa-rupanya dia masukkan pelari simpanan dia. Baru tahu, well played bro. Pada hari kedua ni, kitorang hanya dapat 2 medal, iaitu lompat jauh, emas daripada Hazeeq dan team 4x100 kitorang. 






Hari ketiga, acara ketiga; eh ada acara ke?
Pada hari ketiga, aku takda acara tapi aku datang juga ke stadium untuk ambil pingat 4x100m dan bagi sokongan pada teammates olahraga aku yang ambil acara. Memang best tunggu penyampaian pingat tu, orang tu janji nak bagi pada pukul 11.30 am lepastu sembang nak bagi pada pukul 2.30 pm sebab sekolah lain tak sampai lagi. Sembang keling! Last-last aku balik dengan cikgu Roslam. Hari ketiga ni hanya acara untuk Daniel (400m berpagar), Muiz & Acap (1500m), Eva (200m), Aliff & Kwek (rejam lembing). Masa aku teman Muiz tu, ada sorang budak cina sekolah St. Gabriel ni tanya aku, you also play 1500m ah? Pastu aku jawab, no lah bro, I cannot play for long distance. Then dia cakap, who knows you sprint 1500m like 100m. Hahaha, pandai dia bergurau seyh. Muiz, kalah pada separuh akhir 1500m, tapi aku solute dia sebab dia berjaya habiskan larian dia berbanding Acap baru satu round dah jatuh cramp -.-  Dan pada hari ketiga juga, kitorang takda dapat medal. 






Hari keempat, acara ketiga; 110m berpagar L18
Pada hari keempat, hanya aku seorang je yang pergi ke stadium dengan Cikgu Somu. Kawan-kawan yang lain semua dah habis acara, so tinggal lah aku sorang. Sebelum tiba turn L18 separuh akhir, aku tengok L15 lari, then I'm talking to myself. Uish, tinggi juga pagar dia. Then sampai je turn L18 kitorang....... Rupa-rupanya lagi tinggi! Celaka betul -.- Tapi aku berjaya dapat tempat ke-2 dalam separuh akhir tu, dan final aku dapat tempat ke-4. Lutut aku lebam habis, sebab kena pagar, dah lah tinggi nasib baik tak jatuh. Lepas je aku ambil acara, aku tunggu cikgu Somu untuk datang ambik aku. Sementara tunggu tu, aku tengok acara-acara yang dipertandingkan. Tiba-tiba ada seorang laki tegur aku, sekolah mana dik? Menang tak tadi? Acara apa? Then, aku borak lah dengan dia. Borak punya borak, dia perkenalkan diri dia yang dia coach sukma, dan dia ajak aku turun training dan selection Sukma nanti. Masa tu aku memang teruja gila! Memang impian aku untuk main di sukma ataupun main untuk Malaysia. Then, coach tu ambil nombor telefon aku :)




Hari kelima, acara keempat, acara terakhir; Lompat jauh L18
Hari kelima, hari terakhir aku ambil acara kat sana iaitu acara lompat jauh. Lompat jauh hanya ada 2 saringan iaitu separuh akhir dan akhir. Pada separuh akhir, aku berjaya membuat 3 lompatan tanpa batal. Lepas je aku selesai 3 lompatan tu, aku terus blah sebab aku rasa aku tak layak pergi ke final. Then, aku pergi ke tandas nak cuci muka tiba-tiba ada sorang budak ni tegur aku, bro, kau tak pergi ke lompat jauh final? Aku pun.... Eh, aku dapat ke? Then dia cakap, kau dapat la, baik kau pergi cepat. Aku pun apa lagi.... Segera lah lari pergi tempat lompat jauh tu. Sampai je sana, aku tanya reff yang aku dapat masuk final ke tak then dia cakap aku dapat. Masa aku sampai tu, diorang dah buat lompatan ke-2 dan aku baru nak pakai spike. Sumpah gelabah gila masa tu dengan datang lambatnya. Masa final reff hanya pilih 8 terbaik dari 30 peserta. Masa aku buat lompatan pertama tu aku dah rasa kaki aku sakit, harmstring aku mula dah attack. Jarak aku masa separuh akhir tu lagi bagus berbanding final. Aku kalah pada akhir tu dan hanya dapat tempat ke-8 sebab sakit kaki. So, redha jelah. Masa nak balik tu yang sedih sikit, lepasni dah tak jumpa kawan-kawan olahraga aku dari sekolah lain, diorang friendly dengan aku, diorang selalu cakap goodluck kat aku sebelum aku ada acara. Kat sana aku sempat berkawan dengan sekolah lain, antaranya Zul & Wong dari sekolah St. Gabriel, Solehin a.k.a raja pecut ke-2 dari Cochrane Perkasa, Syed Masood a.k.a raja pecut ke-1 dari sekolah sukan Seri Titiwangsa, dan Naaresh a.k.a raja pecut ke-3 dari SMK Datok Lokman. Jumpa lagi kawan...








Merentas desa, larian damai, 24/3/2012
Lepas je habis musim olahraga, keesokan harinya dah ada merentas desa. And I was like.... Uhh, lepas satu-satu -.- Nak taknak, aku kena datang larian damai tu sebab aku ketua rumah sukan dan aku juga last year. Aku hanya berjaya dapat tempat ke-13 walaupun aku injured. Masa sampai je garisan penamat tu, aku jatuh sebab sakit, aku pun rasa macam nak pengsan sebab rasa sakit sangat masa tu. Cikgu terus bawa aku ke klinik, nasib baik takda apa-apa cuma doktor cakap aku ni kejang otot. Mana taknya lepas olahraga, dah pergi larian damai -.- Memang sakit lah.