11/12/2011

Wonderfull night



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang sudi membaca blog aku yang serba kekurangan dan lagi tidak menarik. Sekali lagi terima kasih :) *tahu dah takda siapa nak baca


So, macam mana semalam dengan gerhana bulan? Suka seronok? Aku harap korang semua dapat tengok gerhana bulan semalam, kalau yang tidur tu rugi lah wehhhh, bayangkan, hanya sekali dalam 100 tahun memang rugi lah kalau tak tengok.


Apa yang aku buat masa sebelum dan selepas gerhana bulan semalam? Here's the story, bermula nya pukul 7, aku buka tv, macam biasa lah hari sabtu pukul 7 sampai 8 layan cerita Shin Chan dan Doremon. Then masa aku tengah tengok tv tu, kakak aku cakap, "Haikal, lepas maghrib teman kakak pergi pasar malam", aku pun okay lah, well family aku memang susah nak pergi pasar malam, kira dalam setahun tak sampai 10 kali pergi sana. Aku pun ikut jelah, rindu pakcik buat yong tau fu, rindu pakcik apambalik, dan aku rindu pakcik peminta sedekah, hahaha. Kay, balik je dari pasar malam aku pun apa lagi, makan lah kan, setelah penat menahan lapar dari petang. Lepas je makan, macam biasa, jadi ular lah jadinya pun adui. Then kakak aku tegur, "Haikal, kau tak pergi solat gerhana bulan ke?" Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz, perghhhh memang malas lah kan, then masa kakak aku tengah siap-siap kakak aku cakap lagi, "Rugi lah kalau tak pergi, dah lah sekali dalam 100 tahun, doa pun InsyaAllah dimakbulkan". Aku pun fikir, nak pergi taknak nak pergi taknak nak pergi taknak. Aku pun, pergi jelah kan memang betul kata kakak aku, kalau tak pergi rugi. 


Sampai je kat surau, aku terus ambil wudhu', elok je aku ambil wudhu' solat gerhana bulan pun dah nak start kira-kira dalam pukul 9 lebih. Dipendekkan cerita, hati aku rasa tenang semalam dan banyak aku mintak dan mengadu dari-Nya. Aku berdoa agar aku menjadi orang berguna pada suatu hari nanti dan berjasa kepada mama dan papa. Tak lupa juga aku mendoakan kejayaan Husna, aku doakan dia supaya dia sentiasa berada dalam sihat sejahtera dan dilindungi Allah bila aku tiada dengan dia, semoga dia mendapat keputusan yang terbaik dalam PMR tak lama lagi. Banyak aku doa untuk dia, semoga doa aku diangkat oleh-Nya. Amiiinnnn~


Lepas je habis solat gerhana bulan, kakak aku ajak tengok gerhana bulan. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz aku pun cakap "Taknak lah kak, Haikal dah mengantuk ni, nak balik" So, kakak aku dengan mama aku jelah yang tengok gerhana bulan.