05/12/2011

Why? :'(

2 hari sebelum aku pergi tinggalkan KL, aku dengan dia berjumpa untuk breakfast bersama-sama di OldTown. Haritu memang hari yang paling bermakna sebab kitorang happy sangat :') Tapi tak sangka haritu hari terakhir aku happy dengan dia. Aku ingat lagi masa dia tengah gunakan laptop aku untuk online dia punya facebook, aku tertidur kat bahu dia. Ya Allah, tenangnya aku bila dengan dia :') Lepas je kitorang breakfast aku dengan dia duduk melepak kejap dekat the park. Masa tu macam-macam kitorang bualkan and bila dia gelak, ketawa, aku rasa bertuah sangat bila aku dengan dia. Part yang paling aku ingat sekali bila aku nyanyikan lagu MuzZy - Ingin Sekali Aku kat dia, walaupun aku nyanyi sekerat tapi dia tersenyum bila aku nyanyikan untuk dia :') Sebelum aku hantar dia balik, aku cakap kat dia yang aku nak tudung dia untuk aku buat kenangan dan buat aku sentiasa ingatkan dia bila aku takda kat KL lagi. Aku suka bau tudung dia. Lepas je dia bagi tudung tu kat aku, dia kata dia nak balik, banyak kerja rumah yang dia kena buat, aku pun okaylah. Dia pun pergi tinggalkan aku langkah demi langkah, aku rasa macam kejap sangat jumpa dia then aku panggil dia dan aku cakap kat dia, Awak, awak akan tunggu saya balik KL kan? Dan dia cakap, Ye awak, saya akan tunggu awak walau apa pun. Bila dia cakap macam tu, aku rasa terharu sangat :')


Hari pertama aku dah tiada kat KL aku rasa tak lalu nak berjauhan dengan dia, baru sehari beb dah rindu gila dan hari pertama tu juga aku message dia petang sampai ke malam dia nak tidur aku message dia. Itu hari last aku massage dengan Husna yang aku kenal. Selang beberapa hari, dia topupkan aku sebab kat sana aku susah nak topup so dia topupkan. Alhamdulillah, dia topupkan tanda dia nak juga message dengan aku :') Then kitorang message, tak lama pun dan dia kata dia busy, okay aku faham. Selang beberapa hari lagi aku dapat merasakan dia mula berubah, cara dia message, cara dia layan aku. Bila aku message kejap, dia selalu kata busy, lambat reply. What happened to you? Baru berapa hari saya kat sini awak dah lain, kalau saya tahu saya takkan pergi tinggalkan KL ni, biarlah apa yang berlaku saya tak hirau semua tu. Aku tanya dia, kenapa dia berubah, at first dia macam malas nak bagi tahu, then aku tanya and tanya lagi. Sekali dia message, punyalah panjang. Bila aku baca, Ya Allah, sedihnya, sakitnya, bila aku baca message dia. Dia kata dia taknak ada apa-apa hubungan lagi dengan aku. Sebak hati aku masa tu, jenuh aku pujuk rayu dia. Benda sama aku tanya dia kenapa, kenapa, dan kenapa dan akhirnya dia reply dia tak suka aku layan dia macam gf sebab kitorang hanya sekadar kawan baik, tu je. Aku tak sedar pun yang aku layan dia macam gf aku dan yah, aku rasa memang aku layan dia macam gf aku, sebab aku terlalu sayangkan dia, and aku terbiasa tapi aku nak dia tahu aku layan dia semua tu ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa.


Sebelum aku pergi tinggalkan KL aku dah janji dengan diri aku tanpa pengetahuan dia yang aku akan balik KL awal dari 8 Disember sebab dia akan pergi pergi holiday lepas 8 haribulan tu dan bila aku balik sini kitaorang akan jumpa dan aku plan nak ajak dia tengok wayang cerita ombak rindu :') Aku pegang dengan janji aku, semalam aku balik KL walaupun aku tak sepatutnya balik awal kerana ada sebabnya. Banyak perkara yang membuatkan aku ingatkan dia masa aku nak balik KL walaupun aku cuba untuk melupakan dia antaranya, sebelum aku balik ke KL aku breakfast kat KFC, aku teringatkan dia sebab aku pernah berbuka puasa dengan dia pada bulan puasa yang lepas dan lepas order tu aku hilang selera bila ingatkan dia dan aku tak hadap nak makan masa tu just makan sikit sampai mama aku pelik sebab pada mulanya aku yang beria-ia yang ajak dia makan kat KFC tapi last-last makan sikit. Masa dalam kereta menuju ke rumah, lagu kegemaran dia semuanya radio mainkan. Lagi lah sedih bila aku dengar semua lagu dia. Masa dah nak sampai rumah, aku lalu kat depan rumah dia dan aku rasa sayu sangat. Haih, memang aku lemah nak hadap semua ni sebab hati aku tak bersedia nak lepaskan dia.


Well, it's time to move on, but just let you know, I'm a man who can't be move. Once you're in my heart, you'll remain in there, forever.