21/11/2011

Sang Juara




Terlebih dahulu, aku nak mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya dan terima kasih diatas pengorbanan dan jasa anda mengharumkan negara Malaysia. Yahhh, memang bangga gila semalam aku tengok korang main walaupun korang semua agak keletihan kerana bertempur di Stadium Bung Karno lebih daripada 2 jam. Lama kot 2 jam, kalau aku mau nya dah pancit habis dah tapi aku solute habis kat korang kerana mempunya sikap tidak berputus asa. Tidak lupa juga kepada Ong Kim Swee dan jurulatih-jurulatih yang turut sama-sama berusaha untuk menaikkan mutu bola sepak negara. Terima kasih anda semua.





Semalam juga merupakan hari paling happening masa tengok bola kat kedai mamak. Perghhhh, tak tahu nak cakap macam mana. Penuh debaran dan cemas semua ada di dalam setiap penyokong Malaysia dengan sikap tidak adil pengadil bola nya, kekasaran oleh pemain Indonesia terhadap pemain Malaysia tanpa diberikan tindakan sewajarnya oleh pengadil, and macam-macam lah. Takpe, takpe, kita dah menangkan? Penat lelah korang semuanya berbaloi dan kami hargai. Masa dah gol tu, walaooowehhhh, kemain lagi. Kitorang punyalah bersorak, buka jersi dan mencium lambang Malaysia, hentak-hentak meja, berpelukan sesama sendiri, dan tak lupa juga ada juga yang membawa bendera Malaysia sampai mamak-mamak kat BRJ tu dah jem dah dengan perangai kitorang, bengang lah tu, hahaha. Cukup sampai disini, terima kasih kerana sudi membuka laman blog saya :)




Semangat kan brader kat atas ni? Hahahaha, well proud to be Malaysian lah bro. Harimau Malaya selamanya