20/11/2011

Alhamdulillah






Pada 16 November lepas, aku dan kawan-kawan yang lain telah menyertai olahraga luar musim di stadium mini SMK Sri Permaisuri. Pada mulanya, aku agak terkejut bila diberitahu oleh kawan aku, Danyel ada olahraga luar musim sebab ini adalah kali pertama aku menyertai kejohanan luar musim. Aku pun gembira lah bila dah diberitahu, aku dipilih dari cikgu aku sendiri untuk mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Kejohanan luar musim bukan sekadar bermain mewakili sekolah tetapi mewakili daerah/zon.  


Masih aku ingat, pada pagi 16 November itu aku agak malas untuk bangun dari katil. Yelah, dalam fikiran aku, mesti aku kalah. Kalah, kalah, dan kalah yang selalu bermain dalam fikiran aku kerana di sana, terdapat saingan yang begitu tinggi. Masa aku mandi tu, jenuh aku memandang cermin, boleh ke aku dapat bawak balik pingat untuk mama, cikgu, dengan sekolah? Aku mandi masa tu pun agak lama dengan sikap MALAS aku tu. Tiba di sekolah, yang aku dapat lihat hanya Haziq seorang je yang dah tunggu cikgu. Aku tertanya, eh, takkan lah aku dengan dia je, mana yang lain? Char kuey teow betul. Itu satu hal, satu hal lagi tunggu yang lain lain datang sekolah. Yang lambat masa tu Danyel dengan Alip, aptb. Hahaha. Dipendekkan cerita, semuanya jadi lambat dengan kesesakan lalu lintas nya. Kena sampai sana pukul 8, pukul 8 jugak lah kitorang masih dalam kereta. Aku pun dah, erghhhhh! Wtf man?! Then, dalam pukul 8.15 baru lah kitorang sampai. Setelah sampai, aku pun cepat-cepat cari tempat duduk dan terus panaskan badan. Masa panaskan badan tu, walaowehhhh, macam-macam jenis bentuk psycho aku jumpa dengan budak-budak sekolah sukan, budak wakil negeri, berbadan tegap, six pack semua benda aku jumpa. Lepas je panaskan badan, aku terus pergi ke kaunter penyertaan untuk bertanding dalam acara lompat jauh, acara pertama aku pada masa tu. Masa dah sampai tempat lompatan tu, aku cepat cepat tukar baju, tukar seluar, tukar kasut. Selepas diberi percubaan untuk melompat, lalu bermula lah lompatan bermarkah. Peserta pada masa tu, sikit tapi kebanyakan dari mereka ialah sekolah sukan. So, kiranya saingan tinggi jugak lah. Masa tu dah lah kaki aku injured sebab main bola, nak taknak aku kena perform yang terbaik. Lompatan pertama aku, 5.35m diikuti lompatan kedua, 5.75m dan lompatan terakhir aku ialah 5.45m. Lompatan terakhir aku sedikit terjejas kerana masa tu kaki aku dengan tangan aku sakit disebabkan aku terlalu memaksa diri aku pada lompatan kedua. Alhamdulillah, aku berjaya mendapat tempat ke-2 dalam lompat jauh. Ohh lupa nak cerita, masa aku tunggu giliran aku untuk melakukan lompatan, aku dapat saksikan kawan aku, Muiz berlari dalam acara 400m dan dia mendapat ke-3 dalam acara tersebut. Malangnya, dia tidak layak menempahkan dirinya ke peringkat akhir kerana masanya tidak mengizinkan. Lepas aku mendapat tahu aku mendapat tempat ke-2 aku terus berlari ke arah cikgu dan memberitahu cikgu yang aku mendapat tempat ke-2 dalam acara lompat jauh dan cikgu aku hanya mampu tersenyum dan menepuk bahu aku. Alhamdulillah, aku berjaya membuat cikgu aku gembira. Aku rehat buat sementara untuk dipanggil dalam acara aku seterusnya, iaitu acara 100m. Shit, baru rehat berapa minit nama aku dah dipanggil untuk bertanding 100m. Dalam acara tersebut aku berjaya mendapat tempat ke-3 dan aku berjaya melayakkan diri aku ke peringkat akhir. Kat sana juga aku dapat jumpa kawan aku yang aku selalu jumpa setiap kali ada pertandingan melibatkan mewakili sekolah macam olahraga, bola sepak semua, nama dia Zul sekolah SMK St. Gabriel, boleh tahan jugak dia, dia pun masuk 100m final dengan aku dan dia juga baik dengan aku tak sombong sebab masa tu juga dia sempat mengajar aku menggunakan starting block sebelum berlangsungnya acara akhir. Pada peringkat akhir, aku hanya dapat tempat ke-5 manakala kawan aku, Zul berjaya mendapat tempat ke-4. Memang susah pada peringkat akhir tersebut kerana lawan aku pada masa tu ramai yang sekolah sukan. It's okay, at least aku dapat merasa berlumba dengan mereka. Masa 100m final tu aku berjaya memotong 3 budak sekolah sukan, kira aku kalah bermaruah jugak. Huh, tulah yang aku mampu bercerita, kepala otak aku dah jem dah -.- Sekian...



P058 That's me ;)




Kasut spike aku yang begitu banyak berjasa sejak dari awal tahun lagi, kesian kau semua acara aku lenjan kau, hahaha