03/09/2011

My superhero cousins



Mereka terbaik, sporting. Itulah cousin aku. I love them.




Fuhh, raya tahun ni sememangnya best, tapi takboleh beat tahun lepas lah, lagi gempak. Tapi apa-apa pun aku bersyukur lah, daripada tak dapat raya langsung. Aku balik kampung haritu hari isnin and aku balik sini hari ahad. Sumpah, aku rasa taknak balik KL, yelah, duduk kampung ni best sikit, tenang kot berbanding KL, serba hura-hara. Okay dah, harini aku nak cerita pasal cousins aku. Aku bersyukur dapat cousin yang jenis ambil berat, sporting, kelakar, and happening kat kampung. Kitorang lah paling kecoh kat dalam rumah opah sebab diorang ni kelakar pandai hiburkan hati orang :) Hampir semua benda kitorang buat bersama. Masa aku baru sampai kampung pun, diorang ajak aku sama-sama bakar lemang walaupun aku baru je sampai, tapi cousin punya pasal aku tolong diorang.



Apa yang kitorang buat sama-sama masa raya ; 



  1. Bakar lemang sama-sama
  2. Pergi takbir rumah ke rumah sama-sama
  3. Solat raya & solat jumaat sama-sama
  4. Beraya sama-sama
  5. Naik kereta sama-sama walaupun kereta lain banyak kosong, tapi kitorang nak bersama :)
  6. Solat jemaah
  7. Gotong royong kemas rumah opah
  8. Main futsal sama-sama
  9. Main bola kat jalan raya waktu tengah malam buta
  10. Main game counter-strike ramai-ramai kat cyber cafe
  11. Makan sama-sama
  12. Buat BBQ sama-sama


See, hampir semua benda kan kitorang buat sama-sama? Betapa akrabnya kitorang walaupun jarang berjumpa, jumpa pun kat kampung setahun sekali, tapi diorang tak pernah sombong.

My cousins ;


  1. Abang Farid
  2. Abang Syahid
  3. Abang Syafiq
  4. Abang Zariff
  5. Zhafri
  6. Najib
  7. Zakwan
  8. Amin
  9. Zharfan
  10. Syamil


Cerita raya? Nanti aku ceritakan, sebab gambar raya aku ada kat sepupu aku. Nanti aku uploadkan ea.