28/08/2011

Raya ke Merdeka?






Assalamualaikum semua. Haa, amacam puasa tahun ni? Harap bulan puasa ni lebih banyak pahala yang diterima berbanding tahun sebelumnya. Bulan Ramadhan hampir ke penghujung, Syawal bakal menjelma. Tak lama lagi, bukan tak lama lagi, dah dekat bebenor nya kita akan menyambut Hari Kemerdekaan & Hari Raya Aidilfitri serentak pada tarikh yang sama iaitu 31 Ogos, InsyaAllah. Bagi korang lah kan, merdeka ke raya lagi penting? Bagi aku of course lah raya sebab kita penat berpuasa selama sebulan and kita meraikannya dengan hari raya, TETAPI ada tetapi disitu, sambutan kemerdekaan haruslah jangan dilupakan dengan adanya hari raya, kita haruslah menghargai jasa & pengorbanan yang telah dilakukan oleh wira-wira kita dahulu. So, kita kena lah sambut ke dua-dua perayaan ni, jangan tahu nak raya je. Sedar sikit, awak tu anak Malaysia.


Amacam persiapan raya korang tahun ini? Kuih raya, baju raya and segala-galanya, dah siap? Jangan buat last minute punya prepation dah lah kay. Tahun ni persiapan raya aku semuanya dalam kesederhanaan berbanding tahun lepas semata-mata untuk BLACKBERRY, maybe keluar lepas raya kott. Aku tengah kumpul duit lah ni, haha. Perasan tak, start daripada hari jumaat lepas, KL semakin lengang kan? Yelah, musim orang pulang ke kampung, yang aku pulak balik esok. Entah, tak tahu lagi balik mana sama ada Perak/Kuantan. Pening mak aku memikirkannya. Haa, ada satu benda aku nak share dengan korang ni, nak tahu tak gf aku sorang ni, ada ke patut dia boleh tertinggal baju raya dia kat KL bila dah sampai kampung. Apalah awak ni, sayang. Tulah, Haikal dah cakap, kemas baju awal-awal, ni nak jugak buat waktu malam sedangkan waktu petang ada masa. Tengok, raya ni nak pakai baju apa, sayang? Bikini girl lah awak raya nanti, hahahaha. Nasib baik lah umi awak baik hati nak belikan baju raya lagi sepasang kat kampung. *Jadikan ini sebagai satu teladan, korang jangan lupa pulak baju raya korang yang cantik tu, kemas baju awal-awal.


Saya Muhammad Haikal Bin Jalil ingin mengambil kesempatan disini ingin mengucapkan selamat menyambut hari lebaran dan saya ingin meminta maaf keatas perbuatan saya yang membuatkan korang terguris hati ke, kecil hati ke. Maklumlah, setiap manusia mempunyai kesilapan. Salah dan silap haruslah dimaafi. Sampai disini sahaja, aku nak kemas baju untuk balik kampung esok. Balik raya nanti, aku ceritakan macam mana hari raya aku kat kampung tahun ni.


MERDEKA + RAYA = MERDEKARAYA :)