10/09/2011

Final Destination 5

WATCH THIS FIRST


                       


Cerita ni semuanya bermula di sebuah jambatan dimana seorang lelaki telah mendapat bayangan sewaktu dalam perjalanan lelaki itu dan rakan sekerjanya untuk pergi lawatan bekerja. Jelas sekali bahawa bayangan lelaki itu ternyata tepat. Hanya 8 orang yang terselamat dalam runtuhan jambatan tersebut iaitu lelaki itu dan rakan sekerjanya. Pada hari pengkebumian, seorang lelaki kulit hitam berkata kepada mereka, 'berhati-hati, kematian menghampiri kamu'. Satu demi satu kawan mereka mati dengan ngerinya mengikut giliran melalui pandangan lelaki tersebut. Sewaktu salah seorang kawan mereka mati di tempat kejadian, lelaki kulit hitam itu sekali lagi datang dan mereka menanyakan lelaki tersebut apa sebenarnya berlaku, dan lelaki itu menjawab, 'kamu semua sepatutnya mati di jambatan itu, tetapi pandangan kamu telah mengubah takdir kematian dan kematian ngeri itu membelenggu kamu semua'. 


                                              Aku dah tengok dah. Korang bila? Aku rate 5 star. Rugi tak tengok.