22/09/2011

She's gone...

                    It's all about you, Husna.







5 bulan 2 hari Husna ada dengan Haikal, sepanjang bulan tersebut Haikal happy sangat dengan Husna, sayang. Husna lah orang yang boleh ubah Haikal, bimbing Haikal. Husna selalu sabar dengan Haikal walaupun Haikal selalu buat Husna marah, sakit-hati, kecewa dan sebagainya. Maafkan Haikal, I'm not a perfect guy but I'm always try to be.


Berakhirlah hubungan aku dengan dia pada 23 September 2011. Sumpah aku sedih sangat, aku tak boleh terima dengan ni semua sebab aku masih sayangkan dia. Ye, memang aku salah dalam hal ni, dan ada salah-faham dalam sebalik hal ni. Aku tahu, kau dah tak percayakan aku lagi, aku tak tahu nak jelaskan kat kau macam mana.


Segala kenangan aku dengan dia, tak pernah aku lupakan walau seremeh mana pun. Pertama kali aku kenal kau kat myspace, masa tu zaman ber-comment mana ada macam sekarang ni, pakai IM dan pertama kali aku melihat kau kat Times-Square, kau dengan Aini beratur untuk membeli tiket wayang. Pada tahun ni, aku berpeluang untuk mengenali kau sebab kita satu sekolah. Aku ingat lagi masa kau panggil aku kat luar dewan terbuka sekolah selepas tamatnya larian merentas desa, "Weh, Akim mana?, Cakap kat Akim aku nak medal aku." Masa tu aku macam blur, sebab kali pertama kau bercakap dengan aku. Selepas dari hari tu, aku rajin bertanya tentang kau kat Akim, maybe aku dah mula suka kat kau. Masa aku nak nombor phone kau, sumpah aku tak gentle langsung, aku mintak Akim. Sepatutnya, aku yang patut mintak kat kau, baru lah gentle. Bila aku msg dengan kau, memang aku tergelak, tersenyum, rasa happy sangat. Detik-detik aku mula rapat dengan dia, masa dia training bola jaring. Kebetulan jadual aku training bola, sama dengan dia. Aku mengaku, aku selalu pandang kau masa kau training. Tak lupa, hadiah yang telah aku bagi kat kau. Aku letakkan hadiah tu dalam beg aku sebab masa dia dah habis training, aku tak habis lagi. Last-last aku suruh dia ambil hadiah tu masa dia dah habis training dalam beg aku. Hadiah yang aku bagi kat dia, Patung Cookie Monster dan seluar track Reebok. Motif aku bagi hadiah tu? Aku nak dia sentiasa peluk patung tu bila dia ingatkan aku, aku nak dia pakai seluar track tu masa pertandingan bola jaring. Aku rasa gembira kerana kau suka atas pemberian aku. Aku ni lemah sikit pasal nak carikan hadiah untuk perempuan. Aku ingat lagi masa aku carikan hadiah untuk kau, aku keluar Mid-Valley, masa tu aku keluar dengan Seth, abang Nadzrin. Sampai MV pukul 3, cari hadiah nya kemain lama sampai pukul 10 malam, tu pun aku dah takda idea lagi, kat sana aku cuma nak cari patung Elmo je, jenuh aku cari 1 bangunan, tak jumpa-jumpa. Masa tu kedai pun dah nak tutup, aku just dapat beli seluar track je, patung elmo yang aku cari tak jumpa-jumpa. Last-last, baru aku teringat Nadzrin cakap satu je kedai yang jual elmo, kat Mines. Keesokan harinya aku kerja, lepas habis kerja aku call Nadzrin ajak beli Elmo. Penat habis kerja semua aku dah tak ingat, dengan baju kerja aku, aku terus pergi mines takut kedai tu tutup. Akhirnya, jumpa jugak apa yang aku cari, duit gaji aku semua habis kat elmo tu. Aku tak kisah pun, janji dia suka tu pun dah cukup. Kebetulan, nama kedai tu 'HONEY BEE', mengingatkan aku nama myspace dia. Aku harap kau tidak membuang segala pemberian dari aku, tapi kalau nak buang, nak buat macam mana :( 


Haikal: Husna...
Husna: Ye?
Haikal: Will
Haikal: You
Haikal: Be
Haikal: My
Haikal: Girlfriend?
Husna: Ish, bergurau pula Haikal ni.
Haikal: Haikal serious ni.
Husna: Biar Husna fikir dulu.
Haikal: Haikal akan tunggu Husna (terus mood aku berubah)
Husna: O
Husna: K


Akhirnya dia terima aku sebagai bf dia. Dia pernah cakap kat aku, hati dia dah tertutup untuk bercinta ni, tapi dengan aku dia senang terima aku. Terharu aku bila dia cakap macam tu. Thanks Husna, you've made my wish comes true. Lepas je kitorang couple, banyak dugaan datang menimpa. Lepas satu settle, satu hal datang lagi. Maafkan Haikal, Husna. Sebab Haikal, Husna banyak menderita. Husna, Husna ingat lagi tak masa kita berbuka puasa dengan Akim, Aini, Tun, Amelia tu? Ingat kan? Hari yang Haikal tak boleh lupa, hari tu. Haikal tak tahu kenapa, bila kita break, Haikal selalu sangat ingat kan detik-detik kita berbuka puasa tu. Bergenang air mata bila Haikal ingat kan balik. Nanti, siapa nak hantar Husna balik? Siapa nak letakkan batu lagi dalam beg Husna? Main kejar-kejar, perli-perli. Damn, I'll miss all that.


Lepas ni Haikal mesti akan selalu pergi the park sorang-sorang. Kat the park lah paling banyak kenangan. Tempat Haikal gurau-gurau dengan Husna, main kejar-kejar, nyorok-nyorok. Haikal akan pergi tempat yang mana kita selalu pergi. Haikal tak boleh nak lupakan semua tu. I really, can't. Husna ingat lagi doa Haikal masa bulan puasa? Haikal sentiasa doakan untuk kita berdua supaya kekal dan kejayaan PMR Husna. Mulai minggu depan, Haikal mesti dah terbiasa tercari-cari Husna, tertunggu-tunggu Husna. 



                                                              Dear God, the only thing I ask to you
                                                                          is to hold her when
                                                           I'm not around and I'm much too far away



Husna ingat lagi janji Haikal kat Husna? Haikal janji yang Haikal tak kan tinggalkan Husna :( Akhirnya, kita jadi macam ni. Haikal masih sayangkan Husna. Kalau diberi peluang yang terakhir, Haikal janji Haikal akan berubah untuk Husna :'(