10/07/2011

Sumpah, aku tak boleh lupa detik ni

2 Jun 2011

Okay, lepas je perbarisan rumah sukan. Tiba-tiba aku jatuh pengsan masa cikgu tengah berucap. Then, cikgu Asah, dengan komander rumah sukan yang lain turut tolong angkat aku. Mungkin aku agak penat, yelah sebelum sukan tu bermula, SEMEKAD buat larian 1murid 1sukan sejauh 1.5km. Then sebaik sahaja larian tu habis, kitorang terus siap-siap nak kawad. Aku pun masa tu, boleh tibai tak makan. No wonder lah, aku boleh pengsan. Masa aku mengetuai perbarisan tu pun, aku dah lemah, dengan suara takda, arahan bagi pun salah. Okay, dah tutup cerita. Lepas tu, acara yang aku tunggu-tunggu kan pun dah nak bermula, 100m. Acara fovourite aku. Mula-mula cikgu tak bagi aku lari, yelah dengan keadaan aku yang baru lepas pengsan, gerenti lah lemah. Memang lemah pun, tapi dengan berbekalkan semangat aku nak jugak lari. Yelah, kawan-kawan aku semua harapkan aku. Kira star lah kan, MENGGELABAH. Okay, aku pun terus tukar baju, and pakai kasut spike. Gentle, memang nervous gila masa tengok track.











Sebelum aku lari, sumpah wehh aku menangis. Bukan takut nervous ke apa. Tapi aku cuma teringat kan arwah papa aku yang selalu bagi aku semangat and arwah cikgu Fadhli selaku coach masa sekolah rendah aku dulu. Coach aku lah yang selalu bagi training kat aku, bagi semangat, dorongan, and kerana dia, aku pernah menjadi top 5 wakil KL olahraga. Aku selalu ingat pesan dia, 'Haikal, awak jangan sia-siakan kelebihan apa yang awak ada, buktikan awak yang terbaik'. Pesanan arwah cikgu tu, aku tak pernah lupa. Sedih lah pulak. Kay, here we go. Lorong pertama bermula daripada sebelah kiri, iaitu aku, lorong kedua Rafiq, lorong ketiga, Ridhwan (raja pecut tahun lepas), lorong empat Hariz Aufa, and lorong ke-lima Muiz, budak kelas aku. KE GARISAN, SEDIA, GOOOOOOOOOOO!




Sebaik sahaja cikgu lepaskan kitorang lari, aku pun apa lagi. LARIIIIIIIIIII lah kan, haha. Masa ni aku dapat tempat ketiga. Kelemahan aku, masa starting, memang aku senang kena potong. Tapi kelebihan aku pada 60m terakhir, dimana aku memecut. And hasilnya..............









Alhamdulillah, aku dapat tempat pertama dan dapat mencatat rekod masa sekolah buat kali pertama. Memang bangga masa tamat larian 100m tu, gilaa wehhh, aku jerittt kuat-kuat, YEAHHHHHHHHH! Benda yang aku banggakan sangat, aku dapat kalahkan raja pecut sekolah tahun lepas walaupun orang macam tak yakin aku boleh kalahkan Wan tu, aku jugak bangga sebab aku dapat memberi mata kat rumah sukan aku, and semua orang puji dengan performance aku. Arwah papa & arwah coach aku mesti bangga :')


Walaupun target aku nak jadi olahragawan sekolah, tapi olahragawan sekolah berpihak kepada Wan. Takpelah, bukan rezeki aku. Tahun depan ada lagi kan. Lagi pun Wan wakil KL dalam softball, dia jugak mengharumkan nama sekolah SMKAD, dia memang layak terima olahragawan sekolah. Congrats, Wan.