11/07/2011

Aku nak jadi macam mereka suatu hari nanti...

Salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1 Malaysia, dan juga Salamualaikum. Haa, harini aku nak cerita sikit pasal impian aku pada suatu hari nanti. Okay, sedikit sebanyak yang aku tahu pasal IMPIAN ni lah kan, impian ini *bagi aku lah kan* suatu perkara yang membuatkan kita untuk menuju dan membuatkan IMPIAN kita sebagai realiti. Ada antara korang ber-impian nak buat band sendiri, bukak saloon sendiri, and macam-macam lagi. Kira apa yang korang nak lah kan walaupun benda tu luar jangkaan korang. Full stop. Impian aku tak pernah berubah sejak dari sekolah rendah lagi, iaitu menjadi seorang RAJA PECUT. Pelik kan? Impian ni bukan cita-cita aku, cita-cita lain punya hal lah kan. Aku minat nak jadi sepertimana aku katakan ni sebab aku suka kan kelajuan, kepantasan, kekuatan, dan mempunyai skill dalam pelbagai aspek.


IDOLA AKU;







                          Ussain Bolt, pelari dari Jamaica yang memegang rekod dunia 100m 9.53 saat, dan diberi gelaran manusia terpantas didunia kerana beliau telah memecah rekod rakan senegaranya iaitu;








   Tyson Gay, pelari dari Jamaica juga yang pernah memegang rekod dunia **.** saat, sorry aku lupa. Beliau dikira pelari ke-dua terpantas di dunia.






Asafa Powell, juga pelari dari Jamaica dan pernah memegang rekod dunia 9.73 dalam 100m. Beliau dikira pelari terpantas ke-tiga dunia.



So, macam mana? Menarik tak impian aku ni? Mungkin ada yang berminat dan ada juga yang berkata 'eww, macam apa lah weh', kan? Haa, nampak tu, baru je aku cakap, haha. Impian ni juga mengajar aku erti, berusaha untuk memajukan diri dan tidak mudah mengaku kalah. Aku nak mewarisi diorang dan aku nak memecah rekod dunia pada suatu hari nanti iaitu 5 saat. Impossible, who cares? Impossible is nothing lah derr :)

Benda yang aku selalu buat bila waktu petang setiap hari *senaman/fitness ialah;

1- Jogging sejauh mana yang aku mampu, long distance
2- Pecut
3- Push-up 50-100 sehari
4- Bermain bola

And, PEMAKANAN! Kena jaga jugak bro, kalau tibai 1 kuali pun takboleh jugak, nanti badan dah macam babi, macam mana nak lari? Haha