31/01/2012

Homework is a crime




Malam semalam, aku punyalah settle kan homework sampai pukul 1 pagi. Punyalah bertungkus lumus siapkan nota, latihan apa semua sekali... Esok pagi di kelas waktu sejarah cikgu masuk je kelas, 'Okay semua, sila keluarkan latihan masa cuti yang telah saya berikan'. Aku punyalah penuh berkeyakinan keluarkan semua buku sejarah nak tunjuk kat cikgu. Sekali aku buka buku sejarah....... Wtf, ada satu kertas aku belum siapkan -.- Aku pun tak tahu nak buat macam mana, dah terlambat, tu lah bukan nak cek betul-betul, kan dah kena siapkan homework kat luar kelas, bersila pulak tu. First time dalam hidup aku siapkan homework luar kelas -.- K, at least merasa jugak kan, hahaha. The worst part is, kelas aku ni dah lah dekat dengan tandas, masa siapkan homework kat luar kelas tu, bila je ada orang lalu, tutup muka. Masa tu, ramai kawan aku tak siap homework, semua menghalang lalu lintas budak-budak nak ke tandas. Hahaha, senior rules. Masa siapkan homework tu paling kelakar, tulisan semua macam doktor, sampai ada kawan aku sorang ni, dia tulis pahlawan narnia sepatutnya pahlawan Dol Naning. Tapi yang aku respect, yang dah siap homework tu siap tunggu kawan yang tak siap lagi sebab kena tiru. Senang sama-sama, susah sama-sama :) Hahaha k