28/12/2011

New year, new hope, I'm new!



Okay, 2011 hampir ke penghujungnya walaupun banyak pahit manis kita lalui, tapi itu yang mematangkan kita bukan? Harini aku nak post pasal new year walaupun harini baru 28 Disember 2011 belum lagi masuk tahun 2012 tapi takpa, dah harini aku ada idea nak update nak buat acane? Hahaha. So secara kesimpulannya, adakah tahun 2011 ni lebih bermakna daripada tahun sebelum ni? Bagi aku tahun 2011, tahun yang agak bosan dalam hidup aku sebab banyak benda yang best tahun lepas tak berlaku dalam tahun ni -.-


Now, kita tutup cerita lama kita buka buku baru. Macam title kat atas yang aku tulis tu, new year new hope. So, apa azam baru korang untuk menjadi yang terbaik daripada sebelum ni? Well, azam yang selalu aku dengar, 'kitew nak belajar cungguh-cungguh, nak jadi buwdak baek' Zzzzzz -.- Kalau berazam saje tapi tak buat pun tak boleh jugak kan. Apa kita kita tukar azam kita? Belajar sungguh-sungguh tu memang lah betul, takda salahnya, tapi erti belajar bersungguh-sungguh tu luaskan maksud dia? Am I right? Sepp sikit! :)


Aku dah fikir, aku dah nekad dan aku akan laksanakan apa yang aku azamkan untuk 2012 ni. 
Moto hidup aku tahun ni, work hard play hard. Amende minatang tu? Alright, let's check this out.


1- To be a better man




The main thing is, I must change my attitude first sebab aku ni macam budak-budak sikit. Sikit je, okay -.- 


2. Belajar untuk SPM dan jadi budak baik dalam KELAS





Yah, aku akan cuba sedaya upaya dan bekerja keras demi SPM dan jadi budak baik dalam kelas. Dalam kelas, aku suka kacau orang, buat bising, buat gila, bak kata kawan aku 'Kalau takda Haikal, tak meriah'. Kay, perkataan meriah tu akan hilang dari sebutan kau, kawan. Haha. Aku akan selalu buat latihan/homework, dengar cakap cikgu, no more ponteng kelas/sekolah/tuition Zzzzz -.-



3. Work hard, be the best runner ever





Bahagi masa belajar dengan training. Training tetap training, dan aku target untuk mewakili sukan olahraga dalam wilayah, zon pun kira okay. Tak lupa, aku akan mengharumkan nama sekolah dan buat cikgu semua bangga dengan aku, InsyaAllah.


4. Lazy no more, more responsible




Sekiranya aku diberi jawatan ke apa ke, aku akan menjadi seorang yang bertanggungjawab dan disegani ramai Zzzzz -.- Hahaha. Sebab kalau dah Form 5, cikgu mesti bagi jawatan yang besar macam Pengerusi, CEO rumah sukan. CEO rumah sukan? Ada ke? Hahaha. 




Impossible? Just prove it.