23/08/2011

A day to remember

Semalam aku pergi berbuka dengan Husna, Akim, Aini, Tun, and Amelia. Kitorang berbuka kat kfc semalam, memang seronok dengan kerenah sakai Akim tu yang menjadikan suasana kecoh, haha. Aku tak berapa makan sangat semalam, entah kenapa, perut aku tak boleh isi lagi kot. Aku minum coke pun dah buat perangai dah perut, aku just dapat makan ais krim jee. Sambil tu tengok lah si Husna makan kfc. Alahaiiiiiiii, bajet-bajet ayu je awak ni, tapi comot jugak, tumpah sana tumpah sini. #APTB Lepas jugak rindu aku kat dia. I love you Husna. Lepas berbuka Amelia ajak pergi Jusco, dia nak beli barang. Kitorang pun okay jelah kan. Sampai sana, Husna dengan Aini pergi solat, Tun temankan si Amelia and aku dengan Akim pulak masuk 1, 1 kedai duk usha baju. First masuk kedai SEED, baju dia tak menarik lah pulok, then masuk PA, banyak baju perempuan yang lawa-lawa then tergerak hati aku nak belikan untuk Husna tanpa pengetahuan dia. Bagi kejutan sikit, baru romantic, haha takboleh belah. Then, pilih punya pilih, ada satu baju ni aku berkenan sangat, baju tu bunga-bunga, comel lah sikit bila 'dia' pakai, SiKIT jelah, puji lebih kang mula lah Husna ni, poyo lebih, haha. Aku dengan Akim jenuh cari, sampai Akim baju merepek-repek dia suggest kat aku such as baju yang belah dada lah, nampak ketiak lah, sorry lah Kim, gf aku ni bukan jenis seksi, haha. Then, Husna message ajak balik. Apa lagi? Balik lahhhhh~ Masa jalan nak ke parking kereta tu, Akim yang bawak kan plastik baju tu, buat-buat dia punya lah kan. And, masa dalam kereta tu, aku bagi kat dia. Dia senyum jee, atototo comelnyaaa, haha. Haikal nak Husna tahu, Haikal suka bila tengok Husna senyum, Haikal sanggup buat apa-apa, tu janji Haikal.

*Terima Kasih Amirul Mustaqim kerana sudi membawa kami semua berbuka puasa & jalan-jalan Jusco :)